Friday, October 26, 2007

AKHIRNYA BOLEH DOWNLOAD


Aiseyman nak test punya pasal download lah gambar Dashboard Proton satria R3. Itupun dapat dari internet je. Saya yang menulis blog ni pun memanglah minat jugak kereta. Pak Sarip ni pun kalau tak silap mula-mula bila kereta pada tahun 1982 .... toyota KE 30 lepas tu tukar beli toyota corolla DX yang popular dulu harga murah je baru pun baru RM12000 yelah mahallah pada zaman tu. Bagus juga dapatlah kami merasa naik kereta kalau tak asalkan nak sesekali berjalan mesti pinjam kereta orang lain. Dan yang paling kita orang ingat kereta warna hijau. Zaman tu mana ade aircond. Kipas yang pusing kat Dashboard tu adalah. Tak banyak cerita kereta pasal kereta ni .... kecuali anak yang nombor dua tu pernahlah accidentkan kereta KE30 teruk jugalah kereta tu tapi tak ingat PaK Sarip marah ke tak ....... SEE YA

Sunday, October 21, 2007

MEMANG TAK BOLEH UPLOAD

Susah betul la nak upload .... agaknya memang adea masalah ni. Tak apalah lain minggu lah pulak. Kita ni pun baru berjinak-jinak dengan dunia internet ni. Tapi yang buat kita lebih expert sejak ade kecoh-kecoh dulu pelaburan internet so walaupun semua dah hancur tapi bagusnya la ni memang layan habis internet dari browsing information sampailah download lagu. Anak-anak Pak Sarip ni pun rata-rata memang celik IT. Kakak je yang tertinggal sikit sebab kat kampung dah jadi otai sarung tangan getah jadi tak payah lah nak bukak computer. Harap-harap okay baliklah uploading imej kat blogger.com ni.

NASIHAT PAK SARIP

Oleh sebab hari ni payah no nak upload gambar jadi kita kongsi je lah nasihat Pak Sarip yang biasa anak-anak dia dengar ye . Begini ..... ha ini pasal pasangan yang nak kahwin .... Ayah kami ni selalu pesan kalau nak berjanji apa-apa dengan bakal isteri tak payahlah dok berjanji mati-matian masa bercinta yelah macam-macamlah kalu tengah hot bercinta ni. Jadi katanya berjanjilah dengan kekasih masing-masing semasa dah akad nikah.... malam pertama lagi bagus. Janji-jani ni selalu akan kekal jadi tak delah masing hipokrit dan saling tuduh menuduh tak menepati janji, dah berubahlah etc. Cerita bab janji ni pun bukan janji sehidup semati tapi janji ......... macamana nak jaga dan mengajar anak, hubungan pasangan dengan mertua masing-masing, perbelanjaan rumahtangga gamaknya yang penting -pentinglah bila melayari alam perkahwinan. Contoh yang dia bagi ... nak mengajar anak dulu dia kata dah buat perjanjian dengan mak kalau ayah tu marah anaknya maknya tak boleh nak backing kalau membela juga gamaknya emaknya pun kenalah sekali. Kalau pikir-pikir balik memang betul pun kalau kena marah dengan ayah kita orang dulu padanlah emak tu buat tak tau aje. Dan selalu gak dia cakap dalam hubungan antara ibubapa sendiri dan mertua macamana pun mestilah priority lebih kepada ibubapa sendiri especially yang anak lelaki. Ye lah dia kata hubungan antara anak dengan ibubapa dunia dan akhirat. Kalau dengan mertua ni kalau berlaku penceraian habislah sampai disitu kalau adapun sekadar menghormati sebagai ex -mertua itu pun kalau penceraian tu berlaku secara baik. Kalau tak baik hilang terus silap haribulan cucu pun tak dibawa berjumpa. Betul jugak tu ... jadi sapa-sapa yang dah kawin tu janganlah memandai-mandai nak memutuskan perhubungan pasangan masing-masing dengan kedua ibubapanya. Itu jelah buat masa ni. Seronok juga rupanya menulis untuk blog sendiri .... syok sendiri. Yang baik selalulah dijadikan teladan dan benda tak elok tu sangatlah baik dijadikan sempadan.

Saturday, October 20, 2007

CERITA MEJA MAKAN PAK SARIP 1

Ayah tu selalu cerita ... dia kata dulu ada maharaja kerajaan China yang kejam. Suatu hari baginda ni sakit kronik tapi tak mati-mati agaknya misterilah lalu diarahkan semua tabib di raja merawat tapi semua gagal dan dipancung kepala mereka. Lalu diwartakan kepada sesiapa yang berjaya akan dianugerah harta kekayaan ... tapi kalu fail terus potong kepala. Lalu datanglah seorang tabib bijaksana .. dia ni kata boleh mengubati raja tapi kena dapatkan sekuntum bunga ajaib yang jauh tempatnya. Lalu dia ni pun minta sebuah kapal dan 200 anak kapal. Tapi anak - anak kapal tu semua budak-budak remaja yang 15 ke 18 tahun ni je sebab dia bagitau raja perjalanan tu jauh juga jadi kena bawak anak kapal muda. Lalu belayarlah tabib ni hingga sampai ke satu pulau lalu berlabuhlah. Anak-anak kapal tu pun dah 2-3 tahun kat laut dah besarlah. Oleh kerana pulau ni tak de orang lalu tabib tu sebagai orang paling tua pun mengisytiharkan dirinya raja dab 100 pasangan ini pun dikahwinkan dan membangunkan pulau ni. Yang raja sakit bertahun menunggu tapi tak balik-balikpun lalu diarah comander lautnya mencari tabib tu ..... lalu mencarilah depa keserata laut mencari. Alih-alih jumpa rupanya tak delah jauh sangat. Tapi tabib tu memanglah dah bijak agaknya dah beranak pinak rakyatnya jadi dah tambah ramai memang dah readylah kalau ade tentera China yang datang. Yelah yang datang tu pun satu kapal je tak ramai pulak tu ........menanglah depa ni. Atas sebab yang ayah tak cakap pun negara baru ni diistiharkan sebagi JAPAN. Atas sebab tu lah kerajaan China ni terus memusuhi negar JEPUN. Ye tak ye tu tak taulah ..... tapi manalah kita taukan... itulah cerita ayah yang selalu kita orang anak-anaknya dengar masa kat meja makan.

Thursday, October 18, 2007

KELUARGA CIKGU AZIZ

Ini anak Pak Haji Sarip yang ketiga. Sekarang ni Mengajar di Kuala Pilah. Paling ramai anak buat masa ini. Anak yang sulung tahun ni SPM. Tu yang paling tinggi sekali tu lah dia. Ini lah seorang wakil guru mencurah jasa membimbing anak bangsa. Seronok raya ni sebenarnya jumpalah semua orang. Tengok anak-anak saudara kenal semua mungkin berkenal rapat sampai besar. Kita orang dulu tak de peluang macam ni dengan sepupu yang duduk dekat kenalah yang jauh tu susun sepuluh jari minta ampun la ya kadang-kadang nama pun tak ingat.

ANAK SULUNG


Ini kakak yang sulong Puan Noraini dan sebelahnya abang Ipar Abang Yan dan sebelah tu emaklah. Terima Kasih banyaklah dari adik-adik yang lain. All these years kakaklah yang menjaga makan minum emak di kampung. Gambar ni diambil sebelum bersalam-salaman di pagi raya .......... yang indah.

Wednesday, October 17, 2007

ANAK ANAK PAK SARIP BERSAMA IBUNDA



Ha yang ini semua anak-anak paksarip. Yang tengah tu bonda tersayang yang selama ini menyusukan kita orang masa kecik-kecik dulu. Bukan macam sekarang hisap susu botol. Gambo ni diambil masa raya 2007 dikampung kita orang ditanjung karang. Bapak .... misteri lagi nanti lain kali kita tunjukkan seorang ayah yang telah membentuk kami sekeluarga .... tungggggguu. Syoklah pulak tulis blog ni apa orang kata syok sendiri.

Saja nak bagitau


Inilah sebahagian keluarga besar pak sarip. Ada enam lagi tak ada kat gambar. Depa yang ada kat gambar ni sekarang tengah menguruskan syarikat keluarga WADAH LAPAN Sdn Bhd. Ini baru lepas meeting .... biasalah pukul 2 pagi baru habis itu pun sempat minum lagi. Gambar Otai Pak Sarip nanti kita tunjuk lain kali.
HAI