Monday, October 27, 2008
BELI RUMAH KAT BANDAR BUKIT RAJA
Dah Lama tak Update
Cepatnya masa berlalu rupa-rupanya dah lebih 6 bulan. Berita terbaru ... Wadah Lapan sedang dalam proses membina pusat rawatan sauna FAR INFRA RED SAUNA yang mengikut kajian dari USA boleh meningkat tahap kesihatan pemakainya dan dalam masa yang sama membantu mengurangkan berat badan dan membantu membuang toksin dari badan melalui kulit dengan lebih effektif dari cara sauna yang lain.
Monday, April 21, 2008
TRANSFER FACTOR WADAH LAPAN DAH KE ACEH
Puan Azizah baru-baru ini telah pergi ke Aceh untuk mencari pasaran baru Transfer Factor dan bulan lima nanti Dr Hisyam pun akan menghabiskan masa yang agak panjang juga kesana untuk tujuan promosi.
HUSNA KAT KLINIK CYBERMEDIK PULAU INDAH
Sunday, April 20, 2008
HAPPY BIRTHDAY
Pada sabtu yang lalu selepas staff meeting diadakan sambutan harijadi kecil-kecilan untuk adik Farhan, Sutina, Kak Enon dan Puan Azizah. Malangnya Kak enon tak dapat datang kerana ada kenduri dan Puan Azizah terbang ke Kota Kinabalu untuk mempromosikan TRANSFER FACTOR for LIFEnya. Apapun selamat Hari jadi kepada yang diraikan. Yang saya tahu Farhan menyambut harijadi yang kedua yang lain tu menjadi rahsia.
Sebahgaian dari warga WADAH LAPAN SDN BHD bergambar bersama-sama.
DORA DAN SHASHA ....antara orang lama.
Kek yang soooooodap.
Warga ceria WADAH LAPAN
Puan Sutina bergaya dengan hadiahnya
Yang inilah farhan .... atau sebutan manjanya PAAN.
Sebahgaian dari warga WADAH LAPAN SDN BHD bergambar bersama-sama.
DORA DAN SHASHA ....antara orang lama.
Kek yang soooooodap.
Warga ceria WADAH LAPAN
Puan Sutina bergaya dengan hadiahnya
Yang inilah farhan .... atau sebutan manjanya PAAN.
LAGU KESUKAAN ZAMAN REMAJA
|
Lagu ni sangatlah popular pada awal tahun 90an. Kira jiwang ROCK lah lagu ni. Masa ni dah banyak jugak kumpulan ROCKERS selepas berjayanya SEARCH, WINGS, ELLA & THE BOYS.
Thursday, April 17, 2008
FAMILY DAY di Sawah Sempadan
Akhirnya dapat juga habiskan video untuk famili day di sawah sempadan hari itu bersama semua warga kerja WADAH LAPAN SDN BHD. Walaupun hujan sekejap di waktu petang tapi setelah sukaneka berlangsung. Tiada yang trajis kecuali FIFI yang menjatuhkan dirinya dalam parit dan mengalami alahan yang agak teruk lah juga. Malamnya diserikan dengan majlis barbeku dan penyampaian hadiah yang lebih banyak dari warga wadah lapan sendiri. Majlis lebih hiru pikuk dengan dendangan penyanyi-penyanyi amatur dan yang paling dahysat ketagihan karaoke pastilah Fakrul yang perlu ditenangkan untuk menutup majlis karaoke pada pikul 12 malam. Kesian si DORA hajat dihati ingin bermalam tapi sayangnya abang nuzinya dipaksa bekeja awal pagi Ahad. Terima Kasih diucapkan kepada semua warga Wadah Lapan kerana sudi hadir ke Hari Keluarga 2008 di pondok Pak Arip ini.
TRIP TO BANDUNG
Best ! Minggu lepas pergi bandung satu famili ngan Hussin. Bandung ni kira tempat makan dan berjalan je la.
HOTEL SUKAJADI ni selalu ini ada kerjasama dengan AIR ASIA
Nasib baik si Zharfan dengan Zhikri tak takut naik flight. Muntah masa naik tak de bila dah turun baru si Zikri tu lak yang muntah.
Inilah tempat kita orang mendarat di Bandung Airport. Sebelah betul dengan airport ni kem tentera Indonesia.
More stories about my trip to bandung here
HOTEL SUKAJADI ni selalu ini ada kerjasama dengan AIR ASIA
Nasib baik si Zharfan dengan Zhikri tak takut naik flight. Muntah masa naik tak de bila dah turun baru si Zikri tu lak yang muntah.
Inilah tempat kita orang mendarat di Bandung Airport. Sebelah betul dengan airport ni kem tentera Indonesia.
More stories about my trip to bandung here
Sunday, April 13, 2008
PROJEK FAMILI DAY
Projek famili day tak habis lagi so gambo kat sawah tu tak boleh upload lagi. Memory card camera sendiri pun dah corrupt dan rugi je ambik gambar banyak tapi habis gitu je. So sabor jelah. Untuk hiburan semua ini lagu ziana zain - dingin yang tengah hangat dipasaran. Nak download tak bolehlah ye. pergilah beli CD original untuk support industri tempatan.
|
TEST BUAT VIDEO
Lokasi di Zoo Negara Kuala Lumpur tahun lepas. Home made video guna microsoft movie maker.
Tak boleh upload so saya link kan je ke esnips video ni.
Tak boleh upload so saya link kan je ke esnips video ni.
Monday, April 7, 2008
Tuesday, April 1, 2008
RUMAH JUN ADE HANTU?
Waduh hari keluarga kat Sawah Tempoh hari sangat meriah tapi semua personal photos dah corrupted la pulak. Kena ambik dari orang lain la ni. Lambat la sikit nak masukkan gambar2 tu.
Cerita paling hangat la ni ada hantu lah pulak kat rumah Jun. Dengar ceritanya memanglah seram siap tunjukkan diri lagi. Tak apelah Jun sabar ajelah itu dugaan yang sangat unik.
Cerita paling hangat la ni ada hantu lah pulak kat rumah Jun. Dengar ceritanya memanglah seram siap tunjukkan diri lagi. Tak apelah Jun sabar ajelah itu dugaan yang sangat unik.
Monday, March 17, 2008
BIAR BETUL LAGU NI
....... ini lagu yang tengah popular di kalangan remaja termasuk staff-staff kat klinik cybermedik ni. Samada cerita ni betul ke tidak tak tahulah. Kalau ikut cite yang nyanyi ni arwah HAZWAN .... tajuk lagu seperti yang dibagitau bertajuk CINTA TIGA SEGI.
LIRIKNYA.
Bertahun sudah ku menunggu diri mu
Akhirnya kau menjadi milikku
Sukarnya untuk ku melupakan mu
Kerna kau ku cintai selalu
Tapi sayang kehadiran kekasih lama mu
Datang kembali mengenang cinta dahulu
Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diri ku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu
Kau ibarat terperangkap ditengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju
Tapi sayang kehadiran kekasih lama mu
Datang kembali mengenang cinta dahulu
Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diri ku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu
Kau ibarat terperangkap ditengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju
Dikau pinta untuk melepaskan mu
Terpaksa aku turutkan
Mungkinkah ini suatu pengajaran
Di dalam percintaan
|
LIRIKNYA.
Bertahun sudah ku menunggu diri mu
Akhirnya kau menjadi milikku
Sukarnya untuk ku melupakan mu
Kerna kau ku cintai selalu
Tapi sayang kehadiran kekasih lama mu
Datang kembali mengenang cinta dahulu
Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diri ku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu
Kau ibarat terperangkap ditengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju
Tapi sayang kehadiran kekasih lama mu
Datang kembali mengenang cinta dahulu
Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diri ku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu
Kau ibarat terperangkap ditengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju
Dikau pinta untuk melepaskan mu
Terpaksa aku turutkan
Mungkinkah ini suatu pengajaran
Di dalam percintaan
Wednesday, March 12, 2008
Husna in the HOUSE
Taman di Sebelah Masjid Shah ALam
KAMPUNG YANG AMAN DAMAI
Pokok ni dah makin tinggi tapi tak keluar lagi bunganya mungkin dua tiga minggu lagi. Tinggi pokok ni dah menjangkau dalam 20 kaki. Sepatutnya di hujung tu akan keluar bunga yang kelihatan amat primitive.
Ini lah pemandangan sawah sempadan yang saya ambil berdekatan dengan terusan di hujung kampung. Terusan ni dulu semak tetapi telah dibersihkan dan pada masa dahulu pun ada kapal korek lama tapi dengar ceritanya telah dialihkan untuk dan di ambil besinya. Tak salah saya kat terusan ni dulu pernah dijumpai buaya yang agak besar dan mungkin mencecah umur seratus tahun.
Sunday, February 10, 2008
MARINA WATER PARK - MANJUNG
Ini MARINA WATER PARK dekat lumut, Perak. Tempat mandi-manda kena bayar tapi wajib pakai baju putih kalau baju warna lain tak boleh mandi. Lokasi betul-betul kat tepi pantai. Dasar kolam mandi pun di buat dari pasir so macam jalan atas pantai. Tempat okay tapi agaknya sebab ada pasir kat dasar jadi air tu jadi melekit. Kesian si Husna mandi kena sunburn.
JALAN-JALAN CARI IKAN BILIS
Masalah juga nak upload file video ke blog ni.Kalau nak tengok video ni tunggu sampai line kelabu sampai hujung baru video tu akan jalan sendiri. Lokasi depan kedai jual ikan masin dengan bilis di lumut Perak.
Sunday, February 3, 2008
Happy Birthday Zikri
|
Apalah tak boleh upload gambar ni .....hanya ade lagu happy birthday dari Korea.
Wednesday, January 30, 2008
NAK BUAT APALAH KAT POKOK BALAK NI
Pokok bunga ni tak taulah dari spesis apa tapi umurnya dah lapan tahun. Pokok ni special sebab kena tunggu selama ni untuk melihat bunga dan anak-anaknya lepas tu pokok yang asal tu akan mati. Batang yang kat tengah tu rasanya boleh naik sampai 15 kaki kot. Pokok ni kalau tengok betul memang besar. Ukur lilit adalah lebih kurang dekat 2 meter. Tak boleh dekat sebab ada duri kat daunnya. Selalu juga tengok kat taman-taman tapi tak pernah lagi jumpa yang sebesar ni.
Yang ini pulak dulu orang Barisan National suruh tanam. Kononya selepas 10 tahun boleh jual la untuk buat wood chips. Rasanya memang boleh tapi macamana lah agaknya nak tebang sekarang pun tinggi dah cecah 100 kaki. Ini adalah antara beberapa batang pokok yang masih hidup. Apalah kerajaan kadang-kadang tu pening juga entah apa motif asalnya. Yang pasti untung orang yang bekal anak pokok ni la kot.
SELESA BEACH RESORT
Bercuti di SELESA BEACH RESORT di PortDickson minggu lalu sempena hari keluarga SME bank cawangan Selangor. Persekitaran yang menarik. Hotel ni hotel yang telah lama ada agaknya sebab itulah ia dapat memilih lokasi pantai yang bersih dan cantik. Selain dari tidur dan makan disini ada aktiviti naik banana boat, jet ski, naik kuda @ pony percuma etc. Pekan Port DIckson pun cuma 3 minit drive saja dari sini.
Monday, January 14, 2008
RUMAH KAT SAWAH
Inilah rumah kat kampung di Sawah Sempadan. Ini sebenarnya rumah yang nombor dua dan dibina pada tahun 1984. Sebelum tu pun duduk-duduk kat situ juga tapi rumah kayu sepenuhnya. Bestnya lah duduk kat kampung udara pun segar kalau bangun pagi. Tak adalah macam kat bandar pagi-pagi dah bau asap kereta.
BIRTHDAY ZHARFAN & ZIKRI
Wednesday, January 2, 2008
WEDDING IN THE GARDEN
Last weekend we all attended my sister in laws, kak Satriani, cousin wedding. The theme " Garden Wedding " Malaysian style. Menarik sekali kerana lokasi kemah yang didirikan di Taman permainan taman yang terletak di bukit Kucahi Puchong. Walaupun cuaca panas tetapi tidak terasa kerana canopy yang istimewa. Dengar ceritanya besan tu tauke kanopi dan catering so mungkin dapatlah diskaun. Kepada yang teringin tu .... pelamin je cost about RM3000 sahaja.
MELAWAT ZOO NEGARA
Pada cuti sekolah baru-baru ni ..... keluarga Dr Sazali dan Dr Zul telah meluangkan masa untuk melawat Zoo Negara yang terletak di Kesibukan Bandaraya. Cuaca tak begitu baik kerana hujan yang turun renyai-renyai. Walaubagaimanapun pada sebelah petangnya cuaca agak baik jadi dapatlah melihat secara dekat binatang-binatang yang ada.
Subscribe to:
Posts (Atom)