Tuesday, November 20, 2007

TRANSFER FACTOR 4LIFE
















Pada 17 haribulan yang lalu Dr Azman mewakili Wadah Lapan menerima presidential awards transfer factor 4life yang diadakan di pusat konvenson antarabangsa di Putra Jaya. Wadah lapan sdn bhd telah berjaya mencipta nama sebagai Presidential Diamond setelah tiga minggu. Tahniah untuk semua warga kerja klinik cybermedik yang telah mempromosikan produk ini kepada pihak orang ramai.Ramai orang-orang kuat hadir termasuklah presiden 4LIFE. Dan yang paling menariknya Chief Researcher pun ada datang bagi explanation mengenai transfer Factor ni. Kalau iku penerangan beliau Transfer Factor sendiri bukan sesuatu yang ajaib tetapi apa yang boleh dilakukan kepada sistem pertahanan badan itu yang betul-betul menarik. Transfer factor itu sendiri terdapat didalam breast milk yang membolehkannya penerima iaitu bayi menerima maklumat untuk memoptimumkan fungsi antibodi supaya lebih bersedia dengan tekanan alam sekitar. Begitulah ... produk ini dengan mudah didapati di semua rangkaian KLINIK CYBERMEDIC.

Tuesday, November 13, 2007

IBU TERCINTA

Ibu lebih indah sebutannya tetapi kami sekeluarga telah dibiasakan memnggil ibu kami EMAK. Orang yang paling baik dihati kami ........ pengorbanan seorang ibu itu memang tiada tolong bandingnya. Hidup di zaman 30an hinnga ke Era ini tak banyak yang kami tahu mengenai kehidupan emak kami sendiri. Apa yang saya tahu emak ni memang berasal dari Daerah Sawah Sempadan dan dilahirkan sekitar tahun akhir 30an. Yelah orang dulu pasti tak ingat tarikh lahirnya. Bersekolah hingga darjah Enam di Sekolah Agama rakyat yang masih utuh hingga sekarang. Berkahwin pada umur 15 tahun dan melahirkan 9 anak termasuk seorang saudara kami yang meninggal dunia beberapa minggu selepas kelahiran. Amat jarang memarahi kami hanya tangisan kalau kami ini terlalu nakal.....tidak pernah membezakan antara anak. Jarang kedengaran kata pujian apatah lagi sindiran. Bagi emak kami sama sahaja. Nasihat emak hanya satu " ikutlah cakap orang ayahanda ... dan belajarlah tak kan nak kerja sawah yang susah ". Kasih kepada anak yang melimpah ruah dan rasanya kami sendiri tak boleh menandinginya.

Monday, November 12, 2007

MAKAN-MAKAN DI OFFICE





Gambar ini dirakam di ruang Pejabat Wadah Lapan bulan November yang lalu sewaktu jamuan perpisahan dengan salah satu staff yang telah berhenti dan pada masa yang sama meraikan hari Jadi dua anak Pak Sarip yang kebetulan mempunyai tarikh lahir yang sama. Seronok sebenarnya dapat bersama-sama makan dan bersembang semoga ikatan antara majikan dan staff yang baik ini akan terus berkekalan. Mana yang telah berhenti tu diharapkan akan terus berusaha untuk mencapai cita-cita masing dan keep in touch.

KELUARGA TAUKE


Inilah keluarga Dr. Azman. Anak Tiga orang je buat masa ni. Pak Sarip ni anak jumlah semua ada 12 orang itu tidak termasuk yang bayi perempuan yang meninggal dunia beberapa minggu selepas dilahirkan.

Pak Sarip kata orang sekarang ni memang takut nak anak ramai takut belanja hidup mahal. Katanya kita sekarang fikirkan dari awal lagi anak tu seperti satu beban padahal kita sepatutnya yakin dengan ketentuan tuhan akan rezeki didunia ini. Setiap anak yang lahir itu akan ada bahagianya dan pasti ada rezeki yang timbul dan tidak semestinya pada benda material je. Mungkin ada anak yang dikurniakan tulah yang diberi hidayah Allah untuk menjaga kita semasa kita muda dan tua tak berdaya. Betul tu tapi payah betul nak di tune kepada minda kita agaknya sebab sekarang pemikiran material itu melebihi pemikiran spiritual yang lazimnya lebih menenangkan hati.

Wednesday, November 7, 2007

TAUKE TRANSFER FACTOR


Ini anak keenam Pak Sarip. Pada hari Raya 2007 ni semua pakat pakai baju merah tu .......anak dua orang je. Seorang dah sekolah yang seorang lagi tengok buku dulu dua tiga tahun baru lah sekolah. Tauke tranfer factor for life. Produk immuniti terhebat zaman ini. Ingat nak sambung alamat URL ni tapi biasalah baru nak belajar blogging tak tau pulak macamana nak buat. Orang lama bab-bab teknologi ni memang payahlah sikit nak keep up. Gelap sikitlah gambar tu agaknya silap camera setting. Tak apalah kalau umur panjang tahun depan kita tangkap gambar lagi.

CUCU PAK SARIP

Inilah kesemua cucu-cucu Pak Sarip yang berjumlah 15 orang. Ramai tu. Kalau orang lama mungkin lagi ramai ialah dulu orang suka ramai anak la ni mana ada .... macam cakap ayahanda " orang sekarang banyak duit tapi takut nak bela anak .... ". Depa ni kalau balik kampung riuh rendahlah sebab rumah kat sawah tu boleh tahan juga besarnya .. yelah rumah orang dulu-dulu. Kalau kat bandar buat rumah besar ni alamat benkoklah berapa juta mahu habis. Ukuran rumah 40kaki kali 90 tu dah confirmed 3600 kaki persegi tingkat bawah ... atas tu adalah 40x40 dah 1600 kaki persegi. So total build up tak ke 5200 kaki persegi. Mak datuk tu dah nak kena beli 3 rumah teres tu. Seronokjuga tengok budak-budak ni yelah perayaan mereka ni lah sebenarnya yang memeriahkan suasana.

Friday, November 2, 2007

TERINGAT ZAMAN KANAK_KANAK

Semasa zaman-zaman kanak ayahanda kami PAK SARIP ni memanglah tegas orangnya. Nak kata pemarah tu taklah sebab jarang sangat dengar ayahanda kami ni marah-marah. Cuma kalau ada hal tak betul dia hanya bercakap pada nada yang tegas. Kalau kami nangis pun tak akan dipujuknya. Walaupun tak selalu kena marah tapi memang kami takut. Tapi satulah kami perasaan ayahanda walau tegas macamana pun selalu jugak bawak berjalan minum air kat kedai lebih-lebih lagi kalau temankan pergi ke kebun. Kalau dapat keputusan cemerlang dalam pelajaran lagilah siap panggil orang kampung makan sate lagi. Kalau anak-anak yang pandai tu corot sikit pun kena marah walaupun dapat nombor tiga. Yang kurang taklah pulak.... disuruhnya belajar lagi .... musykil juga ya apalah disebalik teknik beliau ni. Selalunya yang kurang bijaklah kena marah tapi terbaliklah pulak. Tapi satu kesannya ... agaknya secara tak sengaja kami yang tak berapa ni pun memasang niat untuk lebih maju lagi. Rasanya semangat lebih lagi kerana PAK SARIP ni akan melakukan apa sahaja untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah asrama penuh .... katanya kalau duduk rumah tak bolehlah nak pandai. Pinjam duit dari tauke kelapa sawit tu biasalah agaknya sebab itu juga kami ini begitu bersemangat untuk terus belajar. Lagipun kat asrama lagi best ada TV, electric lampu kalimantan, air paip makan pun best etc .... kat rumah mana ada ha ha bila dah besar kami baru tahu kami ni dulu beria-ria nak masuk asrama atas sebab yang sama.

Thursday, November 1, 2007

PAK SARIP YANG DIKASIHI


Inilah ayahanda kami ..... sejarah hidupnya kami tak tahu sangat. Tapi beliau dilahirkan pada tahun sekitar 1930 an di Banting Selangor. Kemudian sekeluarga berpindah ke Sawah Sempadan Tanjung Karang Selangor dan terus menetap disa

na. Aruah mak ayahanda memang kami sekeluarga tak pernah jumpa sebab sudah meninggal dunia. Kami sempatlah bertemu dengan aruah tok yang tinggal tak jauh dari rumah kami. Kalau mendengar ceritanya beliau telah melakukan banyak kerja-kerja berat semasa bujang dan amat terkenal dikalangan kawan-kawan sebagai seorang yang tegas tapi rajin membantu orang lain. Beruasaha keras selepas berkahwin dengan ibunda dengan menyewa tanah sawah dengan wawasan untuk memiliki tanah sendiri. Terlibat secara langsung membuka tanah yang dimiliki pada zaman pegawai-pegawai daerah semuanya Mat-mat Saleh. Walaupun tak banyak tapi rasanya orang zaman ni pun tak terlarat nak membeli 4 ke 5 bidang tanah kecuali ahli politik kot yang mementingkan tanah dari rakyatnya sendiri. Berkahwin muda terlalu muda kalau ikut standard zaman sekarang dan dikurniakan 9 anak ( meninggal seorang ). Seingat kami ayahanda amat aktif di kampung dan menjawat beberapa jawatan kecil JKK kampung. Banyak juga yang disumbang, sumbangan terbesar saya rasa ialah membantu kerajaan memperkenalkan benih beras baru, MARDI RICE (MR ) ke petani-petani setempat yang pada masa itu begitu fanatik dengan semangat padi yang asli. Walaupun banyak bangangan pada masa itu tetapi akhirnya ...... dapat diterima baik oleh masyarakat seperti yang kita lihat seperti hari ini. Ayahanda selalu dilihat berkerjasama dengan jabatan pertanian, projek barat laut Selangor. Kebanyakan cubaan teknologi baru untuk menanam padi disitu kenbayakkan kami lihat dilakukan di tanah ayahanda ..... dari projek semain terus tanpa merenek hinggalah penggunaan jentera oleh jabatan pertanian. Tak taulah kalau jabatan pertanian, Tanjung Karang, masih mengingati jasa orang tua kami. Ayahanda begitu memntingkan pelajaran anak-anaknya hingga semua anaknya dihantar ke asrama semasa sekolah menengah dan 7 dari kami telah menjejakkan kaki ke Universiti hingga menarik minat jawatan kuasa kampung untuk mencalonkan keluarga ayahanda sebagai " Keluaga Bahagia peringkat negeri Selangor". Glamour orang tua ni beberapa kali masuk TV untuk rancangan pertanian dan pernah dijemput sebagai salah seorang panel " forum Perdana" pada masa itu. Sekarang ... ayahanda masih aktif lagi dilantik sebagai Nazir dan sangat aktif membantu orang-orang miskin mendapatkan bantuan yang sepatutnya............ rumah PPRT, elaun kabajikan etc. Kadangkala pelik juga ayahanda sebab kemanapun beliau berada pasti ada pengikutnya yang tersendiri tapi apa yang kami tahu ayahanda kami sentiasa melakukan sesuatu atas minatnya sendiri tanpa apa-apa agenda ....... kalaulah semua ahli politik kita macam tu kan bagus ....... rakyat pun bahagia. Ini tak semua yang dibuat kalau boleh semua nak kena masuk TV atau suratkhabar. SEE YA... next time kita cerita pasal ibunda lah pulak.