Inilah ayahanda kami ..... sejarah hidupnya kami tak tahu sangat. Tapi beliau dilahirkan pada tahun sekitar 1930 an di Banting Selangor. Kemudian sekeluarga berpindah ke Sawah Sempadan Tanjung Karang Selangor dan terus menetap disa
na. Aruah mak ayahanda memang kami sekeluarga tak pernah jumpa sebab sudah meninggal dunia. Kami sempatlah bertemu dengan aruah tok yang tinggal tak jauh dari rumah kami. Kalau mendengar ceritanya beliau telah melakukan banyak kerja-kerja berat semasa bujang dan amat terkenal dikalangan kawan-kawan sebagai seorang yang tegas tapi rajin membantu orang lain. Beruasaha keras selepas berkahwin dengan ibunda dengan menyewa tanah sawah dengan wawasan untuk memiliki tanah sendiri. Terlibat secara langsung membuka tanah yang dimiliki pada zaman pegawai-pegawai daerah semuanya Mat-mat Saleh. Walaupun tak banyak tapi rasanya orang zaman ni pun tak terlarat nak membeli 4 ke 5 bidang tanah kecuali ahli politik kot yang mementingkan tanah dari rakyatnya sendiri. Berkahwin muda terlalu muda kalau ikut standard zaman sekarang dan dikurniakan 9 anak ( meninggal seorang ). Seingat kami ayahanda amat aktif di kampung dan menjawat beberapa jawatan kecil JKK kampung. Banyak juga yang disumbang, sumbangan terbesar saya rasa ialah membantu kerajaan memperkenalkan benih beras baru, MARDI RICE (MR ) ke petani-petani setempat yang pada masa itu begitu fanatik dengan semangat padi yang asli. Walaupun banyak bangangan pada masa itu tetapi akhirnya ...... dapat diterima baik oleh masyarakat seperti yang kita lihat seperti hari ini. Ayahanda selalu dilihat berkerjasama dengan jabatan pertanian, projek barat laut Selangor. Kebanyakan cubaan teknologi baru untuk menanam padi disitu kenbayakkan kami lihat dilakukan di tanah ayahanda ..... dari projek semain terus tanpa merenek hinggalah penggunaan jentera oleh jabatan pertanian. Tak taulah kalau jabatan pertanian, Tanjung Karang, masih mengingati jasa orang tua kami. Ayahanda begitu memntingkan pelajaran anak-anaknya hingga semua anaknya dihantar ke asrama semasa sekolah menengah dan 7 dari kami telah menjejakkan kaki ke Universiti hingga menarik minat jawatan kuasa kampung untuk mencalonkan keluarga ayahanda sebagai " Keluaga Bahagia peringkat negeri Selangor". Glamour orang tua ni beberapa kali masuk TV untuk rancangan pertanian dan pernah dijemput sebagai salah seorang panel " forum Perdana" pada masa itu. Sekarang ... ayahanda masih aktif lagi dilantik sebagai Nazir dan sangat aktif membantu orang-orang miskin mendapatkan bantuan yang sepatutnya............ rumah PPRT, elaun kabajikan etc. Kadangkala pelik juga ayahanda sebab kemanapun beliau berada pasti ada pengikutnya yang tersendiri tapi apa yang kami tahu ayahanda kami sentiasa melakukan sesuatu atas minatnya sendiri tanpa apa-apa agenda ....... kalaulah semua ahli politik kita macam tu kan bagus ....... rakyat pun bahagia. Ini tak semua yang dibuat kalau boleh semua nak kena masuk TV atau suratkhabar. SEE YA... next time kita cerita pasal ibunda lah pulak.
No comments:
Post a Comment