Inilah keluarga Dr. Azman. Anak Tiga orang je buat masa ni. Pak Sarip ni anak jumlah semua ada 12 orang itu tidak termasuk yang bayi perempuan yang meninggal dunia beberapa minggu selepas dilahirkan.
Pak Sarip kata orang sekarang ni memang takut nak anak ramai takut belanja hidup mahal. Katanya kita sekarang fikirkan dari awal lagi anak tu seperti satu beban padahal kita sepatutnya yakin dengan ketentuan tuhan akan rezeki didunia ini. Setiap anak yang lahir itu akan ada bahagianya dan pasti ada rezeki yang timbul dan tidak semestinya pada benda material je. Mungkin ada anak yang dikurniakan tulah yang diberi hidayah Allah untuk menjaga kita semasa kita muda dan tua tak berdaya. Betul tu tapi payah betul nak di tune kepada minda kita agaknya sebab sekarang pemikiran material itu melebihi pemikiran spiritual yang lazimnya lebih menenangkan hati.
No comments:
Post a Comment