Wednesday, April 22, 2009

TIPS dari PAK SARIP untuk suami isteri BARU

Ayahanda saya selalu mengamalkan perkara ini
  • Semua pilihan kami akan diminta berjumpanya. Apa yang berlaku? .... semua bakal 2 pasangan hidup ini akan berbicara one to one person dengan ayahanda saya ni. Entah apa yang disembangnya. Yang peliknya sampai sekarang pun wife saya tak pernah nak bagitau apa yang disembangkan sampai 2 jam 9 tahun dulu.
  • Katanya walaupun dengan nada seloroh ... kalau nak berjanji dengan isteri @ suami berjanjilah pada malam indah malam pertama. Dengan penuh kasih sayang kita katanya harus berjanji atas perkara utama seperti: Akur janji menjaga kehormatan pasangan, penjagaan anak, mencari rezeki etc bukan janji hidup semati .. masuk syurga sekali seperti dalam cinta romeo juliet tu la. Katanya dulu ayahanda ni minta bonda kami berjanji .... Andaikata di displinkan anaknya tak payahlah bondanya membela kelak rosak budak tu. Emmss .... maksidnya bila si Ayah marahkan anak .... diam jelah emaknya. Marahkan anak ..... ibubapa pulak yang bergaduh .... " Apa kes " kata orang sekarang.
  • Menjaga kerukunan rumah tangga harus dipertanggung jawabkan lebih kepada pihak lelaki. Penyelesaian masalah kewangan, perlindungan, pendidikan dan pengangkutan adalah menjadi tanggung jawab besar LELAKI. Wanita adalah pelindung kehormatan dan pemberi kasih sayang yang melimpah ruah kepada seluruh isi keluarga. Bonda saya menjadikan airmata sebagai senjata untuk melembutkan hati kami ...... leteran bonda tidak pernah wujud dalam memori anak2 PAK SARIP.

Dr Azman dah Jadi penulis

Anak Pak Sarip secara rasmi sudah menjadi penulis untuk pts publishing. Online @ offline publisher yang semakin meningkat maju. Buku beliau bertajuk : TAHUKAH ANDA JIRAN ANDA SEORANG JUTAWAN. Buku ini akan mula diperkenalkan pada 5 may nanti. JADI kita tunggu kemunculannya nanti. Mengenai apa? .... oleh kerana buku ini masih tiada di pasaran jadi saya sendiri pun tak boleh nak review ( lagipun masih rahsia ! ). Tapi anda boleh membuat tempahan sekarang.

BAGAIMANA????

  • mudah je hantarkan tempahan anda ke email saya ( sebagai wakil tak rasmi abang saya ni ler ) ke zulsa69@gmail.com.
  • Atau tempelkan alamat email anda dibawah ... nanti saya contact anda.

    HARGA: Soft cover : RM12.90
    Penghantaran pos adalah:
    Kos pos Pra lancar =PERCUMA .... untuk membudayakan suka membaca dan seterusnya menimba ilmu pegetahuan yang tak boleh dibayar dengan wang.

    JADI TAK PAYAH nak kedai buku ... tempah saja online esok lusa sampai terus ke pintu rumah @ pejabat anda.

Sunday, April 19, 2009

Antara tanah yang ada hasil ngan ASB

Terpulanglah kepada anda untuk melihatnya
1. Anda membeli tanah seluas 8 ekar dan ditanam kelapasawit sepenuhnya. Mungkin dikerjakan sendiri, ladang kelompok ( mini estate la ), diuruskan oleh orang lain atau paling koman pun di pajakkan je. Katakan nilai tanah tu dalam RM160K.
2. Membuat pinjaman ASB pada bank . Cash ada dalam akaun ASB tapi tal leh keluar. Katakan dividen dan bonus 10 peratus la ( Walaupun la ni payah kot yek ). BANK PERSATUAN in fact offer dividen sentiasa lebih tinggi dari PNB. Okay pinjam 160000 gak la ye.

Okay dua dua pinjam 10 tahun .... ye ler mana larat nak buat pendek kan?

Apa akan jadi:
1. Lapan ekar tanah kelapa sawit sihat akan memberi pulangan 20000 setahun bersih ye dengan kadar harga RM2550 setan Metrik sekarang. Maknanya pulangan atas nilai tanah dalam lebih kurang 12.5 peratus setahun.
2. ASB memberi pulangan 10 peratus = RM16000 ........... emmms masih kalah tu. Tak palah kita rasa ada cash 160000 dalam account lpas tu duit dividen boleh bayor hutang la kot ye!

Apa jadi selepas 10 tahun
1. Duit RM160000 tetap 160K. Dividen semua tak delah sebab nak kena bayo hutang.
2. Tanah habis bayar dengan nilai tanah pastinya lebih tinggi mungkin sudah koman2 pun cecah RM200k la pulak. Dengan pulangan yang lebih tinggi dan memberi lebih nilai kepada tuannya.

Note: Sajalah sembang .... mungkin ade JUTAWAN tanah la gamaknya ye.
Tak delah teringat pesan ayahanda ............ harta dunia yang paling menguntungkan pastinya TANAH.

Friday, April 17, 2009

Kebenaran Gadaian Tanah

Ingatkan susah sangat nak buat gadaian tanah untuk dicagar kepada bank .... ( Gadaikanlah untuk tujuan yang betul ... gadai tanah beli tanah ke )

Tak payah pakai lawyer pun:
Apa yang anda perlukan
1. Geran tanah asal dan salinan yang disahkan
2. Salinan Kad pengenalan tuan tanah yang telah disahkan
3. Pastikan cukai tanah telah dibayar. Buat salinan dan sahkan.
4. Surat akuan sumpah membenarkan gadaian jika yang nak gadaikan orang lain ... sign depan SO tanah ler + surat kebenaran
5. Isi borang pemohonan gadaian
6. Bayar fee ... mungkin ikut tempat berapa.
7. Serahkan semua kan pejabat tanah
8. Lepas tu tunggu untu seminggu atau dua minggu
9. Salinan surat tawaran pinjaman dari bank yang berkenaan.

Kalau pakai lawyer nasiblah berapa dia nak charge!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, April 10, 2009

Dari 208kg ke 75kg

DARI 208 kilogram ke 75 kilogram

Macam tak percaya seorang wanita yang mengalami kesan kegemukan hingga 208kilogram hasilnya berjaya menurunkan berat badan sehingga 75kilogram. Berdasarkan gambar asal ...wajar diberi pujian. Penampilan pun sudah jauh berbeza ... beliau nampak lebik menarik dari sebelumnya. RAHSIANYA??????
  • Penggunaan Jus Mate 5 - produk tempatan oleh Dr Romzie

  • Displin low calory diet.
  • Displin dan motivasi diri yang sangat ampuh.



JUSMATE 5
boleh didapati di www.spaqaseh.com.my

Atau hubungi SPA QASEH di talian +60162180243 Att: Zura atau Salwa

Rumah 1984 hingga sekarang


Rumah yang dibina pada tahun 1984 dengan separu binaan kayu dan batu. Trend membuat rumah yang agak popular pada zaman itu mungkin kerana struktur tanah yang agak lembut ( paya ). Asalnya keluasan lantai rumah ini adalah 2400 kaki persegi tetapi kerana style orang lama sekarang binaan rumah ni sekitar 3600 kaki persegi diatas tanah 1/4 ekar. Rumah 10 bilik ini kini nampak usang dan sepi kerana hanya tingkat bawah sahaja yang di huni. ( tahun lalu struktur dinding bilik tingkat atas hampir musnah angkara serangan anai-anai. Pada masa itu semua struktur kayu bukan cenggal telah hancur seperti biskut.
Inilah masalah rumah banglo :
  • maintenance binaan tinggi
  • sunyi bila anak-anak sudah membesar
  • Nak maintain sekuriti pun payah
  • Purata bil utiliti letrik yang tinggi
  • Hanya sesuai untuk keluarga yang besar sahaja.
Layari spa qaseh : lokasi Jalan Kebun Klang :www.spaqaseh.com.my

LAGI NASIHAT PAK SARIP

Ayahanda saya ni selalu berpesan:



1. Sebaik baik harta dunia adalah tanah. Sekeping tanah ( 3 ekar la tu ) boleh membeli sekeping tanah lagi.
2. Tanah ni kalau dibiarkan jadi hutan pun nilainya takkan susut dan kalau kita berbudinya dengannya hasilnya pun akan kita kecapi.
3. Pelajaran adalah sebaik-baik hadiah untuk anak-anak kita dan bukan harta pusaka.
4. Simpanlah duit dari anak kita kecil lagi untuk memastikan anak-anak kita dapat menerima pelajaran dengan sempurna.
5. Jagalah waktu solat walau sesibuk mana kita bekerja. Orang yang menjaga solatnya pasti akan menjaga perkara-perkara baik yang lain.

Wassallam.

Gagal tanam Chili

Sedihnya la .... projek tanam chili tak menjadi. Semua daun jadi kerinting lepas tu buah chili tak nak keluar langsung dah macam pokok bunga berdaun hijau je. Terung bulat pun dah makin besar tapi bunga je yang naik langsung tak jadi buah. Macam -macam racun serangga dah disembur tapi serangan dahsyat dari serangga perosak datang bertubi-tubi. Mungkin kena banyak lagi menimba ilmu kot baru betul betul menjadi. Nanti post gambar-gambar chili yang dah semakin rosak. Lagipun musim hujan sekarang agaknya itupun ada kesan pada tanaman chili ni.