Sunday, April 19, 2009

Antara tanah yang ada hasil ngan ASB

Terpulanglah kepada anda untuk melihatnya
1. Anda membeli tanah seluas 8 ekar dan ditanam kelapasawit sepenuhnya. Mungkin dikerjakan sendiri, ladang kelompok ( mini estate la ), diuruskan oleh orang lain atau paling koman pun di pajakkan je. Katakan nilai tanah tu dalam RM160K.
2. Membuat pinjaman ASB pada bank . Cash ada dalam akaun ASB tapi tal leh keluar. Katakan dividen dan bonus 10 peratus la ( Walaupun la ni payah kot yek ). BANK PERSATUAN in fact offer dividen sentiasa lebih tinggi dari PNB. Okay pinjam 160000 gak la ye.

Okay dua dua pinjam 10 tahun .... ye ler mana larat nak buat pendek kan?

Apa akan jadi:
1. Lapan ekar tanah kelapa sawit sihat akan memberi pulangan 20000 setahun bersih ye dengan kadar harga RM2550 setan Metrik sekarang. Maknanya pulangan atas nilai tanah dalam lebih kurang 12.5 peratus setahun.
2. ASB memberi pulangan 10 peratus = RM16000 ........... emmms masih kalah tu. Tak palah kita rasa ada cash 160000 dalam account lpas tu duit dividen boleh bayor hutang la kot ye!

Apa jadi selepas 10 tahun
1. Duit RM160000 tetap 160K. Dividen semua tak delah sebab nak kena bayo hutang.
2. Tanah habis bayar dengan nilai tanah pastinya lebih tinggi mungkin sudah koman2 pun cecah RM200k la pulak. Dengan pulangan yang lebih tinggi dan memberi lebih nilai kepada tuannya.

Note: Sajalah sembang .... mungkin ade JUTAWAN tanah la gamaknya ye.
Tak delah teringat pesan ayahanda ............ harta dunia yang paling menguntungkan pastinya TANAH.

No comments: