Friday, November 2, 2007

TERINGAT ZAMAN KANAK_KANAK

Semasa zaman-zaman kanak ayahanda kami PAK SARIP ni memanglah tegas orangnya. Nak kata pemarah tu taklah sebab jarang sangat dengar ayahanda kami ni marah-marah. Cuma kalau ada hal tak betul dia hanya bercakap pada nada yang tegas. Kalau kami nangis pun tak akan dipujuknya. Walaupun tak selalu kena marah tapi memang kami takut. Tapi satulah kami perasaan ayahanda walau tegas macamana pun selalu jugak bawak berjalan minum air kat kedai lebih-lebih lagi kalau temankan pergi ke kebun. Kalau dapat keputusan cemerlang dalam pelajaran lagilah siap panggil orang kampung makan sate lagi. Kalau anak-anak yang pandai tu corot sikit pun kena marah walaupun dapat nombor tiga. Yang kurang taklah pulak.... disuruhnya belajar lagi .... musykil juga ya apalah disebalik teknik beliau ni. Selalunya yang kurang bijaklah kena marah tapi terbaliklah pulak. Tapi satu kesannya ... agaknya secara tak sengaja kami yang tak berapa ni pun memasang niat untuk lebih maju lagi. Rasanya semangat lebih lagi kerana PAK SARIP ni akan melakukan apa sahaja untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah asrama penuh .... katanya kalau duduk rumah tak bolehlah nak pandai. Pinjam duit dari tauke kelapa sawit tu biasalah agaknya sebab itu juga kami ini begitu bersemangat untuk terus belajar. Lagipun kat asrama lagi best ada TV, electric lampu kalimantan, air paip makan pun best etc .... kat rumah mana ada ha ha bila dah besar kami baru tahu kami ni dulu beria-ria nak masuk asrama atas sebab yang sama.

No comments: