Tuesday, November 13, 2007

IBU TERCINTA

Ibu lebih indah sebutannya tetapi kami sekeluarga telah dibiasakan memnggil ibu kami EMAK. Orang yang paling baik dihati kami ........ pengorbanan seorang ibu itu memang tiada tolong bandingnya. Hidup di zaman 30an hinnga ke Era ini tak banyak yang kami tahu mengenai kehidupan emak kami sendiri. Apa yang saya tahu emak ni memang berasal dari Daerah Sawah Sempadan dan dilahirkan sekitar tahun akhir 30an. Yelah orang dulu pasti tak ingat tarikh lahirnya. Bersekolah hingga darjah Enam di Sekolah Agama rakyat yang masih utuh hingga sekarang. Berkahwin pada umur 15 tahun dan melahirkan 9 anak termasuk seorang saudara kami yang meninggal dunia beberapa minggu selepas kelahiran. Amat jarang memarahi kami hanya tangisan kalau kami ini terlalu nakal.....tidak pernah membezakan antara anak. Jarang kedengaran kata pujian apatah lagi sindiran. Bagi emak kami sama sahaja. Nasihat emak hanya satu " ikutlah cakap orang ayahanda ... dan belajarlah tak kan nak kerja sawah yang susah ". Kasih kepada anak yang melimpah ruah dan rasanya kami sendiri tak boleh menandinginya.

No comments: