Wednesday, January 30, 2008

NAK BUAT APALAH KAT POKOK BALAK NI



Pokok bunga ni tak taulah dari spesis apa tapi umurnya dah lapan tahun. Pokok ni special sebab kena tunggu selama ni untuk melihat bunga dan anak-anaknya lepas tu pokok yang asal tu akan mati. Batang yang kat tengah tu rasanya boleh naik sampai 15 kaki kot. Pokok ni kalau tengok betul memang besar. Ukur lilit adalah lebih kurang dekat 2 meter. Tak boleh dekat sebab ada duri kat daunnya. Selalu juga tengok kat taman-taman tapi tak pernah lagi jumpa yang sebesar ni.


Yang ini pulak dulu orang Barisan National suruh tanam. Kononya selepas 10 tahun boleh jual la untuk buat wood chips. Rasanya memang boleh tapi macamana lah agaknya nak tebang sekarang pun tinggi dah cecah 100 kaki. Ini adalah antara beberapa batang pokok yang masih hidup. Apalah kerajaan kadang-kadang tu pening juga entah apa motif asalnya. Yang pasti untung orang yang bekal anak pokok ni la kot.

No comments: