Wednesday, January 30, 2008
NAK BUAT APALAH KAT POKOK BALAK NI
Pokok bunga ni tak taulah dari spesis apa tapi umurnya dah lapan tahun. Pokok ni special sebab kena tunggu selama ni untuk melihat bunga dan anak-anaknya lepas tu pokok yang asal tu akan mati. Batang yang kat tengah tu rasanya boleh naik sampai 15 kaki kot. Pokok ni kalau tengok betul memang besar. Ukur lilit adalah lebih kurang dekat 2 meter. Tak boleh dekat sebab ada duri kat daunnya. Selalu juga tengok kat taman-taman tapi tak pernah lagi jumpa yang sebesar ni.
Yang ini pulak dulu orang Barisan National suruh tanam. Kononya selepas 10 tahun boleh jual la untuk buat wood chips. Rasanya memang boleh tapi macamana lah agaknya nak tebang sekarang pun tinggi dah cecah 100 kaki. Ini adalah antara beberapa batang pokok yang masih hidup. Apalah kerajaan kadang-kadang tu pening juga entah apa motif asalnya. Yang pasti untung orang yang bekal anak pokok ni la kot.
SELESA BEACH RESORT
Bercuti di SELESA BEACH RESORT di PortDickson minggu lalu sempena hari keluarga SME bank cawangan Selangor. Persekitaran yang menarik. Hotel ni hotel yang telah lama ada agaknya sebab itulah ia dapat memilih lokasi pantai yang bersih dan cantik. Selain dari tidur dan makan disini ada aktiviti naik banana boat, jet ski, naik kuda @ pony percuma etc. Pekan Port DIckson pun cuma 3 minit drive saja dari sini.
Monday, January 14, 2008
RUMAH KAT SAWAH
Inilah rumah kat kampung di Sawah Sempadan. Ini sebenarnya rumah yang nombor dua dan dibina pada tahun 1984. Sebelum tu pun duduk-duduk kat situ juga tapi rumah kayu sepenuhnya. Bestnya lah duduk kat kampung udara pun segar kalau bangun pagi. Tak adalah macam kat bandar pagi-pagi dah bau asap kereta.
BIRTHDAY ZHARFAN & ZIKRI
Wednesday, January 2, 2008
WEDDING IN THE GARDEN
Last weekend we all attended my sister in laws, kak Satriani, cousin wedding. The theme " Garden Wedding " Malaysian style. Menarik sekali kerana lokasi kemah yang didirikan di Taman permainan taman yang terletak di bukit Kucahi Puchong. Walaupun cuaca panas tetapi tidak terasa kerana canopy yang istimewa. Dengar ceritanya besan tu tauke kanopi dan catering so mungkin dapatlah diskaun. Kepada yang teringin tu .... pelamin je cost about RM3000 sahaja.
MELAWAT ZOO NEGARA
Pada cuti sekolah baru-baru ni ..... keluarga Dr Sazali dan Dr Zul telah meluangkan masa untuk melawat Zoo Negara yang terletak di Kesibukan Bandaraya. Cuaca tak begitu baik kerana hujan yang turun renyai-renyai. Walaubagaimanapun pada sebelah petangnya cuaca agak baik jadi dapatlah melihat secara dekat binatang-binatang yang ada.
Subscribe to:
Posts (Atom)