Alangkah bertuahnya mempunyai seorang ayah yang sangat tebal iman kepada Allad dan dalamya kasih sayangnya kepada anak-anaknya. Mampukah kita mengikuti wawasan seorang ayah yang terlalu jauh kedepan melangkaui masa yang ada. Sanggupkah kita berhutang, bekerja sejak subuh hingga lewat petang semata mata untuk merealisaikan impian ank-anaknya berjaya dalam pelajaran.
Apa sangatlah bandingan kasih sayang kita kepada ibubapa kita berbanding dengan kasih sayang yang diberikan oleh mereka kepada kita sendiri. Benarlah kata Nabi Muhammad s.a.w yang mengangkat martabat seorang ibu lebih dari seorang ayah. Seorang ibu yang amat jarang memarahi anak-anaknya apatahlah lagi mengangkat tangannya. Hanya lelehan airmata yang kelihatan kerana kenakalan anak-anaknya.
Tuesday, January 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment