Saturday, October 20, 2007
CERITA MEJA MAKAN PAK SARIP 1
Ayah tu selalu cerita ... dia kata dulu ada maharaja kerajaan China yang kejam. Suatu hari baginda ni sakit kronik tapi tak mati-mati agaknya misterilah lalu diarahkan semua tabib di raja merawat tapi semua gagal dan dipancung kepala mereka. Lalu diwartakan kepada sesiapa yang berjaya akan dianugerah harta kekayaan ... tapi kalu fail terus potong kepala. Lalu datanglah seorang tabib bijaksana .. dia ni kata boleh mengubati raja tapi kena dapatkan sekuntum bunga ajaib yang jauh tempatnya. Lalu dia ni pun minta sebuah kapal dan 200 anak kapal. Tapi anak - anak kapal tu semua budak-budak remaja yang 15 ke 18 tahun ni je sebab dia bagitau raja perjalanan tu jauh juga jadi kena bawak anak kapal muda. Lalu belayarlah tabib ni hingga sampai ke satu pulau lalu berlabuhlah. Anak-anak kapal tu pun dah 2-3 tahun kat laut dah besarlah. Oleh kerana pulau ni tak de orang lalu tabib tu sebagai orang paling tua pun mengisytiharkan dirinya raja dab 100 pasangan ini pun dikahwinkan dan membangunkan pulau ni. Yang raja sakit bertahun menunggu tapi tak balik-balikpun lalu diarah comander lautnya mencari tabib tu ..... lalu mencarilah depa keserata laut mencari. Alih-alih jumpa rupanya tak delah jauh sangat. Tapi tabib tu memanglah dah bijak agaknya dah beranak pinak rakyatnya jadi dah tambah ramai memang dah readylah kalau ade tentera China yang datang. Yelah yang datang tu pun satu kapal je tak ramai pulak tu ........menanglah depa ni. Atas sebab yang ayah tak cakap pun negara baru ni diistiharkan sebagi JAPAN. Atas sebab tu lah kerajaan China ni terus memusuhi negar JEPUN. Ye tak ye tu tak taulah ..... tapi manalah kita taukan... itulah cerita ayah yang selalu kita orang anak-anaknya dengar masa kat meja makan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment