Sunday, October 21, 2007

NASIHAT PAK SARIP

Oleh sebab hari ni payah no nak upload gambar jadi kita kongsi je lah nasihat Pak Sarip yang biasa anak-anak dia dengar ye . Begini ..... ha ini pasal pasangan yang nak kahwin .... Ayah kami ni selalu pesan kalau nak berjanji apa-apa dengan bakal isteri tak payahlah dok berjanji mati-matian masa bercinta yelah macam-macamlah kalu tengah hot bercinta ni. Jadi katanya berjanjilah dengan kekasih masing-masing semasa dah akad nikah.... malam pertama lagi bagus. Janji-jani ni selalu akan kekal jadi tak delah masing hipokrit dan saling tuduh menuduh tak menepati janji, dah berubahlah etc. Cerita bab janji ni pun bukan janji sehidup semati tapi janji ......... macamana nak jaga dan mengajar anak, hubungan pasangan dengan mertua masing-masing, perbelanjaan rumahtangga gamaknya yang penting -pentinglah bila melayari alam perkahwinan. Contoh yang dia bagi ... nak mengajar anak dulu dia kata dah buat perjanjian dengan mak kalau ayah tu marah anaknya maknya tak boleh nak backing kalau membela juga gamaknya emaknya pun kenalah sekali. Kalau pikir-pikir balik memang betul pun kalau kena marah dengan ayah kita orang dulu padanlah emak tu buat tak tau aje. Dan selalu gak dia cakap dalam hubungan antara ibubapa sendiri dan mertua macamana pun mestilah priority lebih kepada ibubapa sendiri especially yang anak lelaki. Ye lah dia kata hubungan antara anak dengan ibubapa dunia dan akhirat. Kalau dengan mertua ni kalau berlaku penceraian habislah sampai disitu kalau adapun sekadar menghormati sebagai ex -mertua itu pun kalau penceraian tu berlaku secara baik. Kalau tak baik hilang terus silap haribulan cucu pun tak dibawa berjumpa. Betul jugak tu ... jadi sapa-sapa yang dah kawin tu janganlah memandai-mandai nak memutuskan perhubungan pasangan masing-masing dengan kedua ibubapanya. Itu jelah buat masa ni. Seronok juga rupanya menulis untuk blog sendiri .... syok sendiri. Yang baik selalulah dijadikan teladan dan benda tak elok tu sangatlah baik dijadikan sempadan.

No comments: