Menarik juga acara sukan tadika ni. Dapatlah Zharfan bawak balik 2 hadiah satu johan dan satu nombor 2 kot. Tapi kelakar juga rupanya anak sulong ni tak kuat berlari mungkin kerana badab yang berat.
Tapi yang sangat bagusnya bertambahlah keinginan adiknya Zikri untuk bersekolah pada tahun hadapan. Kalau tidak dengar aje kena sekolah terus nangis dulu.
Agaknya betullah kata seorang kawan di Kemaman yang mempunyai 5 orang anak. Katanya belajar ni tak usah dipaksa sangat kerana secara semulajadinya manusia ini bila sampai waktu sentiasa ingin mengetahui dunia baru. Lagipun tahun hadapan Zhikri masih berumur lima tahun. Yang penting hanya pengenalan kepada dunia persekolahan sahaja.
Satu perkara memang betullah kanak2 itu sangat bersih hatinya. Walaupun menang tidak bangga diri dan mengejek orang lain. Dan kalau kalah pun masih tersenyum gembira. Mungkin inilah sebenar-benarnya semangat kesukanan yang selalu luput dari minda orang-orang dewasa di zaman yang sungguh materialistik.
Friday, November 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment