1. Apakah yang ayahanda ku pikir masa age of 40. Tapi yang saya selalu lupa ialah PERANCANGAN SEPULUH TAHUNNYA ...... walaupun sekecil mana perancangan itu mesti ada. Mungkin untuk terus memotivasikan diri sepanjang tempoh itu. Tapi dapat dilihat hasilnya ... from Zero to Something. Ayahku ini bermula hidup dengan KOSONG ... bertahun-tahun bekerja keras dengan ditemani BONDA yang sangat sabar
- mencari rezeki dan keluar bekerja diwaktu orang lain masih enak dibuai mimpi dan pastinya yang boleh " challenge " hanyalah penoreh2 getah.
- mendidik anak di waktu malam walaupun dengan ilmu dunia akademik yang sedikit hanya sekadar tau huruf, membaca dn mengira campur dan tolak.
- Mendisplinkan anak-anak dan memberi perlindungan dan kasih sayang. Bersifah amarah dan tegas tetapi sanggup berbuat apa sahaja untuk pendidikan, pakaian dan makanan yang sihat. Siapa sangka ayahku yang punya anak ramai rupanya membeli ikan diwaktu " Lelongan petang" dan IBUku tidak pernah mengeluh sedikitpun memasak jenis ikan yang hampir sama setiap hari. Barangkali di Zaman Moden sukar untuk mencari wanita yang hanya mahu hidup disamping suami sahaja tanpa memperdulikan perkara yang lain.
- Mengumpulkan asset dengan tenaga empat kerat ....satu perkara yang sangat saya hormati hingga kini. From Zero to Something amat sukar untuk dilakukan oleh saya sendiri dan adek beradek yang lain. Kesabaran dan integriti yang tinggi ni akan saya jadikan contoh sepanjang hayat.
No comments:
Post a Comment