Sunday, December 20, 2009

POISSE ... MARINE COLLAGEN dalam bentuk minuman.


Terdapat lebih 50% serat-serat kolagen dalam tubuh badan manusia, dimana ia mempunyai fungsi yang teramat penting dalam pembentukan tisu-tisu penghubung (connective tissues), struktur tubuh dan organ-organ seperti tulang dan rangka, kulit, ligamen, tendon, otot, kuku dan juga rambut.

Kelebihan Poisse Marine Collagen


  • Menjadikan kulit lebih gebu, anjal dan bersinar
  • Menjadikan tulang rangka dan tulang rawan lebih kukuh dan kuat tetapi sangat elastik
  • Membantu proses pemulihan osteoporosis (kerapuhan tulang) dan osteoarthritis (radang sendi)
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan mencegah penembusan mikroorganisma seperti bakteria,kulat dan virus
  • Membantu melicinkan tumit merekah dan menjadikan kuku sihat dan bersinar
  • Membantu menyuburkan rambut agar kelihatan lebat dan berkilau
  • Mengaktifkan semula metabolisma tisu-tisu tubuh ketahap maksima


Proses pembesaran dan aktiviti kehidupan telah mengakibatkan sedikit demi sedikit kemusnahan kolagen tubuh. Walaupun tubuh manusia sentiasa menjalani proses pembentukan semula kolagen, namun kadar kemusnahannya adalah lebih cepat berbanding proses pembentukan semula.

Oleh itu, apabila usia semakin lanjut beberapa perubahan ketara dapat dilihat akibat kehilangan kolagen seperti kulit menjadi lebih kering dan kusam, kehadiran bintik-bintik pada kulit, otot-otot, tendon, dan ligamen semakin kendur, tulang semakin rapuh dan pergerakkan sendi-sendi tidak lancar dan radang menyebabkan rasa tidak selesa dan sakit.

Oleh itu tubuh badan amat memerlukan kolagen untuk tujuan kesihatan dan kecantikan. Poisse Marine Collagen adalah pilihan terbaik sebagai sumber kolagen kerana mudah diserap oleh tubuh dan setiap sachet mengandungi 'hydrolyzed fish collagen' berketulinan tinggi. Disamping itu harga yang ditawarkan amatlah berpatutan berbanding produk kolagen yang lain dipasaran.

Cepat usah biarkan diri anda menderita kerana masalah kecantikan atau kesihatan. Semoga anda HIDUP CERGAS, SIHAT DAN BERGAYA.

Harga sekotak RM168.00 (Semenanjung Malaysia) RM178.00 (Sabah dan Sarawak)
Sekotak mengandungi 20 sachets

Penghantaran adalah PERCUMA
email me at :zulsa69@gmail.com

Friday, November 20, 2009

I am Fourty ....

Great I am 40 now dah boleh panggil veteran and nothing great about it.

1. Apakah yang ayahanda ku pikir masa age of 40. Tapi yang saya selalu lupa ialah PERANCANGAN SEPULUH TAHUNNYA ...... walaupun sekecil mana perancangan itu mesti ada. Mungkin untuk terus memotivasikan diri sepanjang tempoh itu. Tapi dapat dilihat hasilnya ... from Zero to Something. Ayahku ini bermula hidup dengan KOSONG ... bertahun-tahun bekerja keras dengan ditemani BONDA yang sangat sabar
  • mencari rezeki dan keluar bekerja diwaktu orang lain masih enak dibuai mimpi dan pastinya yang boleh " challenge " hanyalah penoreh2 getah.
  • mendidik anak di waktu malam walaupun dengan ilmu dunia akademik yang sedikit hanya sekadar tau huruf, membaca dn mengira campur dan tolak.
  • Mendisplinkan anak-anak dan memberi perlindungan dan kasih sayang. Bersifah amarah dan tegas tetapi sanggup berbuat apa sahaja untuk pendidikan, pakaian dan makanan yang sihat. Siapa sangka ayahku yang punya anak ramai rupanya membeli ikan diwaktu " Lelongan petang" dan IBUku tidak pernah mengeluh sedikitpun memasak jenis ikan yang hampir sama setiap hari. Barangkali di Zaman Moden sukar untuk mencari wanita yang hanya mahu hidup disamping suami sahaja tanpa memperdulikan perkara yang lain.
  • Mengumpulkan asset dengan tenaga empat kerat ....satu perkara yang sangat saya hormati hingga kini. From Zero to Something amat sukar untuk dilakukan oleh saya sendiri dan adek beradek yang lain. Kesabaran dan integriti yang tinggi ni akan saya jadikan contoh sepanjang hayat.
Saya harus berhenti di sini ...... kerana tiba2 rasa Rindu yang amat sangat kepada dua Insan ini.

Membina Taman ( Mini Garden )

Rumah kecik jadi taman pun kecik la.
1. Mula-mula tanam rumput philipine grass dulu yang depan kontraktor tanam tapi yang belakang sendiri taman dan hasilnya sama hasil tunjuk ajar "abang Din tukang" yang masih bujang walaupun dan cecah 50 tahun. Sambil tanam sambil mendengar cite silam hidupnya. Hormat keran hidupnya penuh dengan peristiwa dan transformasi dari seorang samseng kepada seorang manusia yang berguna. Oppp s... senang jer rupanya tanam rumput .... clearkan tanah dari rumput asal ... lpas tu ratakan dengan pasir baru susun rumput yang dibeli. Hentakkan dengan kayu supaya padat ke tanah.
2. Pokok2 kecil tu ade yang dibawa dari rumah lama dan ade yang diimport khas dari kampung laman. Sapa sangka pokok yang menyemak aje dikampung rupanya dijadikan pokok hiasan di sini. Helicona spesis yangpaling banyak subspesis . Tapi yang muskil tu di tanah sawah amatlah subur tapi ditanah sekangkang kera hidupnya merana.


2. Pergola? ( Anjung ) dibina untuk mengelakkan tempias dari masuk ke sliding door betul-betul didepan family dining yang sangat sempit. Kayu resak menjadi pilihan kerana kekerasan dan secara tak langsung mengelakkan serangan anai-anai. Setiap rumahyang kita beli baru pasti ada waranti terhadap anai-anai may be untuk 3 tahun. Selepas 3 tahun ... kena pantaulah selalu dan rajin2 lah melanggan " PEST CONTROL "



3. Buat masa ni semuanya berdaun hijau .... mungkin nak tambah roses sepokok dua dan mejaganya sebagai satu cabaran. Oh ye .... step wood to D.I.Y ... dari kayu resak yang sangat lama dan sangat keras dan di sapu dengan sellac dari jenama LANSUR rasanya ... made in Indonesia . Ketahanannya pada cuaca amat diragui kerana ia pudar dimusim hujan. Tengah mencari gantian yang diimport daro german dan hanya didapati di NBS nursery di Kajang.

4. Projek seterusnya untuk menanam pokok kemboja.

Oh lupa kena melawat rumah adek di Jalan Kebun yang baru sahaja menanam philipine grass dihalaman rumahnya.

Friday, November 13, 2009

Sukan budak tadika

Menarik juga acara sukan tadika ni. Dapatlah Zharfan bawak balik 2 hadiah satu johan dan satu nombor 2 kot. Tapi kelakar juga rupanya anak sulong ni tak kuat berlari mungkin kerana badab yang berat.

Tapi yang sangat bagusnya bertambahlah keinginan adiknya Zikri untuk bersekolah pada tahun hadapan. Kalau tidak dengar aje kena sekolah terus nangis dulu.

Agaknya betullah kata seorang kawan di Kemaman yang mempunyai 5 orang anak. Katanya belajar ni tak usah dipaksa sangat kerana secara semulajadinya manusia ini bila sampai waktu sentiasa ingin mengetahui dunia baru. Lagipun tahun hadapan Zhikri masih berumur lima tahun. Yang penting hanya pengenalan kepada dunia persekolahan sahaja.







Satu perkara memang betullah kanak2 itu sangat bersih hatinya. Walaupun menang tidak bangga diri dan mengejek orang lain. Dan kalau kalah pun masih tersenyum gembira. Mungkin inilah sebenar-benarnya semangat kesukanan yang selalu luput dari minda orang-orang dewasa di zaman yang sungguh materialistik.

Perkembangan Terbaru Honda Civic adek

Dah kena overhaul la pulak.
Reason : Camshaft punya bearing dah longgar.
Baru tahu rupa-rupanya semua service centre kat Malaysia is not owned by Honda Malaysia. Instead they are all appointed service centre. What a crap !!!!!!!. It seems Proton and Produa are doing much better.
Looks ada ... tapi after sales and services are very bad.

Tuesday, May 26, 2009

HONDA CIVIC BARU PUN ADE PROBLEM


Biodata:
Honda Civic 1.8L
Purchased: End of 2008
Age: 8 months
Mileage: 60000
Problem: 1. Stereng Vibrate on braking. Later DASHBOARD on braking. ABS warning Light tak on pun.
2. Power Window driver side menggong. ( sensor menggong )

Solution: 1. Services center kata ......... COMMON PROBLEM CIVIC BARU selepas 50000km. Disc overheating masa braking especially long distance driving. So APA DAH DIBUAT 1. Ketatkan balik Caliper brake yang LOOSE. Tukar Disc Pad. Klau masih tak okay kena SKIMMED disc.
Masalah yang HONDA tak pernah bagitau customer!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Check out this website: honda's problem

Wednesday, April 22, 2009

TIPS dari PAK SARIP untuk suami isteri BARU

Ayahanda saya selalu mengamalkan perkara ini
  • Semua pilihan kami akan diminta berjumpanya. Apa yang berlaku? .... semua bakal 2 pasangan hidup ini akan berbicara one to one person dengan ayahanda saya ni. Entah apa yang disembangnya. Yang peliknya sampai sekarang pun wife saya tak pernah nak bagitau apa yang disembangkan sampai 2 jam 9 tahun dulu.
  • Katanya walaupun dengan nada seloroh ... kalau nak berjanji dengan isteri @ suami berjanjilah pada malam indah malam pertama. Dengan penuh kasih sayang kita katanya harus berjanji atas perkara utama seperti: Akur janji menjaga kehormatan pasangan, penjagaan anak, mencari rezeki etc bukan janji hidup semati .. masuk syurga sekali seperti dalam cinta romeo juliet tu la. Katanya dulu ayahanda ni minta bonda kami berjanji .... Andaikata di displinkan anaknya tak payahlah bondanya membela kelak rosak budak tu. Emmss .... maksidnya bila si Ayah marahkan anak .... diam jelah emaknya. Marahkan anak ..... ibubapa pulak yang bergaduh .... " Apa kes " kata orang sekarang.
  • Menjaga kerukunan rumah tangga harus dipertanggung jawabkan lebih kepada pihak lelaki. Penyelesaian masalah kewangan, perlindungan, pendidikan dan pengangkutan adalah menjadi tanggung jawab besar LELAKI. Wanita adalah pelindung kehormatan dan pemberi kasih sayang yang melimpah ruah kepada seluruh isi keluarga. Bonda saya menjadikan airmata sebagai senjata untuk melembutkan hati kami ...... leteran bonda tidak pernah wujud dalam memori anak2 PAK SARIP.